Srikandi Bersatu perlu mantapkan jentera untuk PRN Johor: Rina

Rina - Foto Bernama
Rina - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memantapkan, mengukuhkan dan memperkasakan jentera untuk mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yakin dengan kerjasama teguh daripada seluruh jentera untuk terus berjuang.

“Marilah kita rapatkan saf kita. Saya yakin dengan semangat kerjasama teguh daripada seluruh jentera Srikandi akan memberi iltizam kepada kita semua untuk terus berjuang.

“‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Inilah keluarga Srikandi kita!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Rina berkata, mereka akan menunggu arahan seterusnya daripada pucuk pimpinan parti.

“Selain turun padang untuk urusan kerja menyantuni penerima bantuan kebajikan di Pagoh, saya sempat bertemu pimpinan Srikandi di Bahagian Pagoh, Ledang, Muar dan Bakri.

“Seperti mana kita sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan semalam.

“Justeru itu, sebagai Ketua Srikandi Malaysia, saya dan pemimpin tertinggi Srikandi akan menunggu arahan seterusnya daripada pucuk pimpinan parti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: