X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Pas, UMNO Johor akan bincang kerjasama PRN

Abdullah Hussin
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor berharap masih ada peluang kepada parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak lama lagi.

Menurutnya, antara perkara utama yang akan dibincangkan adalah usaha menjayakan wadah perjuangan ummah antara UMNO serta Pas di bawah payung MN.

"Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (penyatuan MN). Kita sudah berhubung dengan pihak UMNO Johor dan telah mendapat respon untuk berjumpa dengan Menteri Besar.

"Insya-ALLAH, satu perbincangan akan dilakukan dalam suasana yang positif dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti.

"Pas Pusat juga telah memberikan lampu hijau kepada Pas Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu, harapnya kita dapat mencapai persefahaman bagi tujuan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Abdullah, Pas Johor sudah bersedia dengan kemungkinan PRN di negeri ini akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri ketika ini hanya memperoleh majoriti hanya satu kerusi sahaja.

Beliau memberi jaminan bahawa Pas Johor akan bertanding pada PRN di negeri ini walaupun masih belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi.

"Perkara itu (pembahagian kerusi) juga akan dibincangkan dalam pertemuan bersama Hasni sedikit masa lagi.

"Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan di peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas hanya menang satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bukit Pasir yang disandang Najib Lep.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!