Rashford pacu kemenangan Manchester United

Rashford tampil cemerlang ketika membantu Manchester United mengatasi West Ham United di Old Trafford.
Rashford tampil cemerlang ketika membantu Manchester United mengatasi West Ham United di Old Trafford.
A
A
A

GOL masa kecederaan Marcus Rashford, memberikan tiga mata berharga buat Manchester United ketika menang tipis 1-0 ke atas West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford.

Skuad kendalian Ralf Rangnick sebelum itu memiliki beberapa peluang menerusi Edinson Cavani dan Anthony Martial, namun sentuhan penyudah Rashford menterjemahkan kemenangan tuan rumah.

Tiga mata hadir hasil hantaran Cristiano Ronaldo kepada Martial kemudiannya mengumpan kepada Cavani yang seterusnya melakukan percubaan sebelum disusuli penyudah Rashford.

Anak buah David Moyes tampil lebih agresif dalam perlawanan itu, menyaksikan tuan rumah lebih berwaspada sepanjang tempoh aksi tersebut.

Tiga mata diperolehi Manchester United menyaksikan kelab itu memintas West Ham United seterusnya kembali ke kelompok empat teratas buat kali pertama sejak awal Oktober.

The Red Devils kini mengumpul 38 mata selepas mengharungi 22 perlawanan manakala The Hammers pula di tangga kelima dengan 37 mata daripada 23 perlawanan.

KEPUTUSAN

Manchester Utd 1-0 West Ham Utd

Artikel Berkaitan:

Rashford 93'

Brentford 1-2 Wolves

João Moutinho 48'

Toney 71'

Rúben Neves 78'

Leeds Utd 0-1 Newcastle Utd

Shelvey 75'

Everton 0-1 Aston Villa

Buendía 43'

Southampton 1-1 Manchester City

Walker-Peters 7'

Laporte 65'