X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Wanita maut kereta dihempap lori simen

Keadaan kereta yang dipandu mangsa akibat dihempap sebuah lori simen di Sri Cemerlang, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita mualaf maut selepas kereta jenis Perodua Kelisa dipandu dihempap sebuah lori simen yang hilang kawalan kerana kegagalan fungsi brek di persimpangan lampu isyarat berhadapan sebuah hotel di Sri Cemerlang di sini pada Sabtu.

Mangsa, Roslina Anat Lat, 47, beralamat di Taman Semasa Bandar Baru Pasir Mas meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan awal mangsa mengalami cedera pada bahagian dada dan kakinya tersepit.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa pemandu lori iaitu seorang lelaki yang berusia 49 tahun memandu dari arah Pengkalan Chepa di sini hendak menghala ke Jalan Sri Cemerlang di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba didapati brek lori itu tidak berfungsi dan untuk mengelak terlanggar kenderaan di hadapannya, pemandu lori mengambil keputusan membelok ke kiri serta masuk ke jalan Seri Cemerlang menghala ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sebuah lagi kenderaan jenis Honda Civic yang turut dihempap lori berkenaan namun pemandunya terselamat.
Sebuah lagi kenderaan jenis Honda Civic yang turut dihempap lori berkenaan namun pemandunya terselamat.

“Semasa membelok ke kiri, lori itu terbalik lalu menghempap dua kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat di arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, akibat kemalangan itu, mangsa yang berada dalam kereta tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi pemandu dalam kereta jenis Honda Civic di belakangnya tidak cedera.

“Ujian urin yang dijalankan terhadap pemandu lori lelaki tersebut didapati negatif dadah dan lesen memandu aktif serta dibebaskan selepas selesai diambil keterangan.

“Punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu lori untuk memastikan kenderaannya selamat dikendalikan iaitu kegagalan fungsi brek sehingga gagal dikawal dan terbalik lalu menghempap dua kereta yang sedang menunggu di lampu isyarat berwarna merah,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat pada malam ini.

“Siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!