Azam perlu buktikan sumber kewangan: Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan adiknya perlu membuktikan sumber kewangan mereka untuk membeli saham tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang ramai mahukan penjelasan dan pembuktian berhubung pemilikan dan pembelian saham tersebut.

“Pendirian saya mudah sahaja seperti apa yang saya hantarkan dalam hantaran sebelum ini masa isu ini bermula.

“Ini kes Azam Baki milik saham bernilai RM300,000 hingga RM600,000 tujuh tahun, lalu dia beri alasan adiknya yang beli.

“Sekiranya mereka tidak boleh jelaskan dan buktikan sumber kewangan tersebut, maka geng Pakatan Harapan (PH) akan lebih suka Azam diganti dengan pemimpin parti UMNO seperti apa yang PH buat dengan Latheefa Koya semasa mereka kerajaan. Lepas diganti dengan pemimpin UMNO, PH akan puas hati,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PH yang membuat protes dan tuntutan penjelasan serta mahu individu tersebut ditangkap.

“Tidak takut Covid-19 pula semasa protes," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: