X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Isu Azam Baki: Kenyataan SC bongkar ketidakcekapan pegawai awam

Tan Sri Azam Baki
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) hanya membongkar ketidakcekapan penguatkuasaan terhadap pegawai-pegawai awam dalam usaha menentang korupsi.

Setiausaha Pemuda Parti Sosialis Malaysia, Gandipan Nantha Gopalan turut mempersoal sama ada SC sedang berusaha untuk menyatakan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak melanggar undang-undang.

“Apakah pendapat SC mengenai Seksyen 29A Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berkenaan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan dalam situasi Azam Baki?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pada Selasa, SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Azam.

Pengawal selia pasaran modal tempatan itu dalam satu kenyataan berkata, SC membuat kesimpulan dalam siasatannya itu berdasarkan bukti yang dikumpulkan.

Mengulas lanjut, Gandipan juga berasa kecewa dengan kenyataan Azam Baki yang berterima kasih terhadap SC kerana didapati tidak bersalah dan tutup penyiasatan.

“Kenyataan Suruhanjaya Sekuriti tidak menyebut seperti di atas dan kenyataan Azam Baki hanya boleh dilihat sebagai satu langkah yang tidak profesional,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pemuda Sosialis menyatakan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara kes tersebut dikendalikan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!