'MB Perak tahu ada gerakan jatuhkan beliau'

Saarani berucap di hadapan kira-kira 100 orang penduduk setempat pada program itu.
Saarani berucap di hadapan kira-kira 100 orang penduduk setempat pada program itu.
A
A
A
SUNGAI SIPUT - Pembangkang Perak menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berada di dalam sindrom penafian biarpun mengetahui gerakan untuk menjatuhkan beliau.

Ketuanya, Datuk Saarani Mohamad berkata, bukan sahaja Ahmad Faizal mengetahui gerakan itu, tetapi dua lagi bekas wakil rakyat BN yang menyokong PH, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut mengetahuinya.

Beliau berkata, disebabkan politik, mereka sengaja menunjukkan bahawa tidak tahu tentang perkara tersebut walaupun telah dimaklumkan.

"Sebab bila benda itu berlaku, saya secara jujurnya menghantar WhatsApp maklumat kepada mereka dengan tujuan dia mengambil tindakan yang sepatutnya kerana kerajaan dalam keadaan terumbang ambing. Ia tak bagus untuk rakyat.

"Kalau saya jahat saya tahu nak buat macam mana, tapi saya tidak mahu mengambil kerajaan dalam suasana macam ini. Saya tidak mahu mengambil kerajaan dengan mencuri dan dengan cara yang tidak bermaruah serta tidak beretika," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Program Moh Ngopi Bersama DSM di tapak Pasar Tani Kampung Perlop 2, di sini.

Semalam, Ahmad Faizal ketika ditemui media menempelak Saarani dengan mendakwa cubaan menjatuhkan kerajaan daripada pembangkang.

Sementara itu, Saarani berkata, perkara itu tidak didedahkan jika ia tidak berlaku dan tidak pernah ada sebarang niat untuk memujuk mana-mana ADUN PH untuk menjatuhkan kerajaan.

"Kami tak usik mereka apatah lagi nak pergi jumpa wakil rakyat PH yang lain. Yang merunsingkan saya ini, orang dia cari orang saya. Telefon nak jumpa secara bersemuka 'deal itu, deal ini'.
Artikel Berkaitan:


"Bila saya runsing, saya keluar dengan kenyataan itu dengan harapan dia bersiap sedialah. Nampaknya dia dalam sindrom penafian walaupun dia tahu," katanya.

Mengenai program tersebut, Saarani berkata, ia akan diadakan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali sebulan bergantung kepada kesediaan penganjur yang juga Pemuda UMNO di peringkat bahagian.

Katanya, melalui program itu, rakyat dapat mendengar secara terus maklumat terkini mengenai isu semasa di negeri dan negara ini.