KPDNHEP cari kaedah atasi isu bekalan telur ayam

Rosol ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan kedai barangan elektrik, elektronik dan perabut iaitu Nojima, di sini pada Khamis.
Rosol ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan kedai barangan elektrik, elektronik dan perabut iaitu Nojima, di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mencari kaedah baharu dan sesuai untuk mengimbangi situasi menang-menang antara pengguna dan penternak susulan isu bekalan telur ayam.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ia bertujuan memastikan penternak tidak mengalami kerugian selain pengguna tidak terbeban dengan peningkatan jualan harga telur ayam ketika ini.

“Memang kita akui mereka (penternak) ada mengadu tentang perkara itu kepada kita. Setiap telur, penternak dikatakan rugi hampir tiga sen, berdasarkan ‘gred telur’.

“Jadi, kita cuba fikir satu mekanisme bagaimana tidak mahu peniaga rugi dan pengguna tidak tertekan.

“Mungkin kita boleh naikkan sedikit untuk peniaga, pada masa sama pengguna juga tidak terlalu terasa dengan kos kenaikan harga telur ayam tersebut,” katanya selepas merasmikan pembukaan kedai barangan elektrik, elektronik dan perabot Nojima di sini pada Khamis.

Sebelum ini, kerajaan diminta mempertimbangkan tiga syor bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur ayam yang menyaksikan harga hasil ladang itu turut meningkat kebelakangan ini.

Cadangan dikemukakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) itu antaranya penamatan serta-merta Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), penyediaan lebih ramai pekerja asing ke sektor itu serta pemberian subsidi khas kepada pengusaha ladang ayam penelur.

Rosol turut memaklumkan pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan beberapa agensi berkaitan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha memastikan harga barangan lain seperti ikan dapat distabilkan semula.

Artikel Berkaitan:

Katanya, KPDNHEP kini sedang memperhalusi kaedah yang lebih berkesan untuk menangani isu kenaikan harga barangan tersebut, terutama menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan juga Hari Raya Puasa.

Ini antara perkara yang kita fikirkan bagaimana untuk membendung isu kenaikan harga barangan. Kenaikan itu saya kira memang ada, tetapi tidaklah terlalu mendadak sehingga membebankan pengguna.

“Berhubung kenaikan ikan pula, ia sememangnya bergantung kepada tawaran dan permintaan.

“Sewaktu kita mengadakan program Jualan Keluarga Malaysia, kita mempunyai kerjasama baik daripada MAFI dan agensi berkaitan yang mana mereka menjual ikan sejuk beku dengan harga murah,” katanya.