Jawatankuasa teknikal bincang RUU Anti Lompat Parti

wan junaidi
wan junaidi
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa teknikal berunsur bipartisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi Dan Kestabilan Politik bagi mendapatkan pandangan semua pihak berhubung rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jawatankuasa itu dianggotai wakil kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

"Jawatankuasa ini akan bermesyuarat minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Bilangan 3 Tahun 2022 antara kerajaan dan PH yang berlangsung pada Rabu.

"Ia merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September 202 lalu dilaksanakan sebagaimana ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga menetapkan RUU Anti Lompat Parti dimuktamadkan dan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang akan bermula pada 28 Februari depan.

"Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan RUU berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: