Jualan Gudang Karangkraf 2022 sedia servis penghantaran

Izzat menunjukkan naskah al-Quran yang akan dijual pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.
Izzat menunjukkan naskah al-Quran yang akan dijual pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang ingin menghadiahkan naskah istimewa kepada orang tersayang, berpeluang untuk menghantarnya terus melalui servis penghantaran yang disediakan.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Izzat Izhar Nasir berkata, satu kaunter khas disediakan bagi pengunjung yang ingin menghantar buku, al-Quran dan alat tulis yang dibeli di karnival itu ke seluruh negara.

“Memandangkan karnival ini berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, jadi mungkin peminat buku-buku dan al-Quran terbitan kita tidak dapat datang. Jadi, mereka boleh minta ahli keluarga atau rakan-rakan yang ada di sini untuk beli dan terus pos ke tempat mereka.

“Kalau hendak hadiahkan kepada ahli keluarga dan orang tersayang juga, inilah masanya. Mereka yang hendak wakafkan kepada masjid juga boleh gunakan perkhidmatan ini, yang mana kita menggunakan perkhidmatan kurier ternama bagi proses penghantaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jualan Gudang Karangkraf 2022 akan berlangsung dari 21 Januari hingga 30 Januari ini dan dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat manakala bagi Sabtu dan Ahad, ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Selain al-Quran, pengunjung berpeluang untuk membeli pelbagai buku Islamik, novel, buku umum, buku kanak-kanak, buku pendidikan dan alat tulis.

“Jualan gudang ini adalah yang pertama sejak 2020, jadi kita menawarkan harga yang cukup istimewa bermula dari RM1. Diskaun tambahan juga akan diberikan untuk pemegang kad VIP Karangkraf (perlu bawa kad).

“Kita juga menyediakan ruangan parkir yang luas dan percuma, manakala servis ‘buggy’ disediakan pada hujung minggu. Kafe juga dibuka untuk pengunjung beristirehat, makan dan minum serta kita juga menyediakan surau yang luas, namun mereka perlu membawa sejadah sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak penganjur juga akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengehadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa, menyediakan pengimbas suhu dan cecair basmi kuman manakala semua kakitangan sudah divaksin sepenuhnya.