Polis Bentong tumpas kegiatan maksiat

Empat wanita warga asing berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah apartmen di Genting Highlands pada 14 Januari lalu. - Foto ihsan PDRM
Empat wanita warga asing berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah apartmen di Genting Highlands pada 14 Januari lalu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Empat wanita warga asing berjaya diselamatkan selepas satu kegiatan maksiat dipercayai mengeksploitasi wanita ditumpaskan di daerah ini pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 8 malam di sebuah apartmen di Genting Highlands di sini.

Menurutnya, seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 30 hingga 52 ditangkap dalam serbuan tersebut.

"Empat wanita berusia 26 hingga 41 tahun berjaya diselamatkan. Salah seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai menjadi dalang utama dalam kegiatan tersebut.

Antara suspek yang ditangkap dalam serbuan tersebut pada 14 Januari lalu. - Foto ihsan PDRM
Antara suspek yang ditangkap dalam serbuan tersebut pada 14 Januari lalu. - Foto ihsan PDRM

"Pihak polis juga merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah kereta iaitu jenis Nissan Almera dan Toyota Vios, enam kondom pelbagai jenis, enam kad sim telefon, tiga buah beg pelbagai jenama dan wang tunai bernilai RM2,156," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zaiham berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan telah direman sehingga 21 Januari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan:

Kereta yang dirampas dalam serbuan tersebut. - Foto ihsan PDRM
Kereta yang dirampas dalam serbuan tersebut. - Foto ihsan PDRM

"Empat wanita tersebut telah dihantar ke rumah perlindungan di Kuala Lumpur," katanya.