Polis panggil penganjur himpunan desak PM rehatkan Azam Baki

A Asmadi
A Asmadi
A
A
A

PUTRAJAYA - Penganjur himpunan rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Khamis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu memaklumkan perkara itu

"Kita akan rakam percakapan penganjur itu mulai esok," katanya ringkas.

Pada Selasa, A Asmadi memaklumkan pihaknya akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis kepada pihak polis.

Kes itu juga akan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Pada Isnin, media melaporkan himpunan di hadapan kompleks Pejabat Perdana Menteri itu dihadiri lebih 50 penyokong Amanah.

Turut serta dalam perhimpunan itu ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Temple, Mohd Sany Hamzan.

Memorandum tuntutan itu diserahkan kepada Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhamed Rizman Abdullah.

Artikel Berkaitan: