Runtuhan cerun: DBKL lantik Ikram pakar perunding

Keadaan tanah runtuh disiarkan pada 27 Disember lalu di kawasan berhampiran Kondominium Sri Duta 1. - Foto Facebook Balai Bomba Sentul.
Keadaan tanah runtuh disiarkan pada 27 Disember lalu di kawasan berhampiran Kondominium Sri Duta 1. - Foto Facebook Balai Bomba Sentul.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) sebagai pakar perunding untuk menjalankan pemantauan dan memberi cadangan pembaikan ke atas cerun yang runtuh di Kondominium Sri Duta 1 dan Kondominium Bangsar Indah di sini.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan kajian yang dibuat oleh Ikram menyatakan pergerakan tanah yang memberi kesan kepada struktur Kondominium Sri Duta 1 di sini

Menurut kenyataan tersebut, kejadian itu menyebabkan kolum dengan dinding terpisah selain berlaku retakan di beberapa permukaan tanah dan di bawah lantai.

Tambahnya, kerja pembaikan sementara dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh Badan Pengurusan Kondominium Sri Duta 1 melibatkan pengalihan aliran air permukaan dan semburan konkrit yang bertujuan untuk mengukuhkan cerun.

“Cadangan pembaikan kekal akan dikeluarkan oleh perunding yang dilantik oleh pihak pengurusan kerjasama dan kerja tersebut masih di dalam proses tindakan pihak perunding,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, unit media DBKL turut memaklumkan kerja pembaikan sementara masih dijalankan di tapak Kondominium Bangsar Indah di sini melibatkan proses pembersihan sisa-sisa runtuhan mengadakan saliran baharu untuk aliran air hujan dan pemotongan pokok yang condong.

Jelasnya, kerja pembaikan tersebut juga melibatkan pembersihan bongkah konkrit yang tergantung di tengah cerun dan pembersihan rumah yang terkesan susulan kejadian tanah runtuh tersebut.

“Pihak Ikram menyediakan cadangan penyelesaian sementara dan DBKL mengarahkan kontraktor berpenggal cerun untuk melakukan kerja-kerja pembaikan serta mengambil pendekatan semburan konkrit bagi mengukuhkan cerun.

Artikel Berkaitan:

“Beberapa batang pokok condong yang tidak kuat dan berkemungkinan tumbang di kawasan ini telah serta sedang ditebang bagi memastikan kejadian gelongsoran tanah tidak berulang dan penduduk di sini berada dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, unit media DBKL memaklumkan sesi libat urus bersama penduduk di Kondominum Bangsar Indah diadakan pada 28 Disember 2021 berkaitan perancangan kerja-kerja pembaikan sementara yang akan dilaksanakan oleh DBKL di kawasan tersebut.

Katanya, satu lagi sesi libat urus akan diadakan selepas kerja-kerja pembaikan sementara siap sepenuhnya yang dijangka dalam tempoh masa sebulan.