X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y110 dan kereta Ford Fiesta. (Gambar Kanan) Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh dari belakang di Lebuhraya Persekutuan.
A
A

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan susur Subang kilometer (KM) 26.6 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pasangan warga Indonesia berkenaan dilaporkan maut di tempat kejadian.

"Pada 15 Januari lebih kurang jam 6.34 pagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah menerima laporan kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y110 dan kereta Ford Fiesta.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 37 tahun dipercayai dilanggar dari belakang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

"Kepada saksi kejadian mohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!