X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Badan bebas kendali pemilihan PSM

A
A

PROSES pemilihan kepimpinan baharu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Februari depan akan dikendalikan sebuah badan bebas dalam memastikan ketelusan dan integriti berada pada tahap terbaik.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Abidullah Salleh, individu yang menganggotai badan bebas itu merupakan dalam kalangan mereka yang berada di luar badan induk tersebut.

“Bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar telus dan tulus serta elak kontroversi, ahli badan bebas ini akan dianggotai mereka yang tiada kaitan dengan PSM.

“Calon bagi jawatan presiden pula dibenarkan melantik seorang wakil di dalam badan bebas ini bagi memantau proses pemilihan tersebut.

“Ini merupakan antara usaha terbaharu diambil PSM dalam memastikan barisan kepimpinan yang dipilih nanti tidak dipertikaikan selepas pemilihan tersebut.

“Namun sekiranya terdapat bantahan atau sebagainya, wakil-wakil calon boleh terus merujuk kepada badan bebas ini untuk tindakan susulan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM sebelum ini memilih 12 Februari depan sebagai tarikh pemilihan kepimpinan baharu badan induk tersebut dalam usaha untuk kembali menyertai Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Untuk rekod, jawatan nombor satu PSM itu kosong selepas Datuk Seri Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu susulan badan induk sepak takraw negara tersebut terpalit isu dengan ASTAF.

Abidullah berkata, proses pencalonan pemilihan yang melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden masih lagi dikendalikan jawatankuasa PSM.

“Cumanya perkara yang berkaitan dengan segala proses pencalonan masih lagi di bawah seliaan PSM,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!