X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

'Menangis lihat adik ditahan'

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan memeluk adiknya yang ditahan dalam Operasi Sarang Dadah di sini.
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita hanya mampu menangis melihat adiknya ditahan polis dalam Operasi Sarang Dadah di kawasan Kampung Nelayan, Telok Gong di sini pada Ahad.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu datang ke lokasi serbuan di kawasan kebun pisang itu selepas mendapat tahu adiknya ditahan dalam serbuan berkenaan.

Dia dilihat memeluk sambil menangis sebelum adiknya yang bergari menaiki kenderaan polis untuk dibawa ke balai polis.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang itu, seorang nenek antara 52 individu dipercayai penagih dadah tegar ditahan.

Wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam penagihan dadah sejak berumur 18 tahun.

Nenek empat cucu itu juga mengakui tersilap langkah akibat terpengaruh dengan suami yang juga penagih mahu meninggalkan tabiat buruk itu namun gagal.

Antara suspek dipercayai penagih dadah yang ditahan dalam Operasi Sarang Dadah pada Ahad.
Antara suspek dipercayai penagih dadah yang ditahan dalam Operasi Sarang Dadah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, operasi lebih lapan jam bermula bermula jam 5 pagi itu menahan seramai 52 individu membabitkan 50 lelaki dan dua wanita berumur antara 31 hingga 61 tahun.

"Selain itu, operasi yang dijalankan turut berjaya menahan seorang lelaki dipercayai 'tokan' atau pengedar dadah," katanya pada sidang akhbar di Kampung Nelayan, Telok Gong di sini pada Ahad.

Tambah beliau, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 111 gram dianggarkan bernilai RM8,000 dan kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

"Tindakan diambil di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis akan sentiasa bekerjasama dengan AADK bagi menjalankan operasi sarang terhadap port dadah dalam menjamin kesejahteraan masyarakat," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!