Tiada ancaman tsunami di Malaysia: MetMalaysia

Tsunami melanda Jepun lewat Sabtu hingga awal Ahad, beberapa jam selepas letusan gunung berapi dasar laut di kepulauan Tonga.
Tsunami melanda Jepun lewat Sabtu hingga awal Ahad, beberapa jam selepas letusan gunung berapi dasar laut di kepulauan Tonga.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga, Tokyo pada Sabtu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia dibuat berdasarkan pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut dan boya antarabangsa serta tempatan dan maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RSTP).

“MetMalaysia sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Kenyataan MetMalaysia pada Ahad.
Kenyataan MetMalaysia pada Ahad.

“Sila dapatkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami terkini melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Met Malaysia dan di talian hotline 1-300-22-1638,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan penduduk Tonga melarikan diri ke tempat lebih tinggi dalam ketakutan selepas letusan gunung berapi kuat yang turut kedengaran di negara jirannya, mencetuskan tsunami kedua di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Biro Meteorologi Australia dalam satu ciapan di Twitter berkata, gelombang tsunami setinggi 1.2 meter sudah diperhatikan di Nuku'alofa.

Gelombang tsunami tertinggi yang direkodkan berikutan letusan itu pada Sabtu ialah 30 sentimeter (cm).

Letusan terbaru gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai berlaku hanya beberapa jam selepas amaran tsunami ditarik balik semalam.