Padah tunjuk isyarat lucah, maki polis

Seorang lelaki ditahan kerana menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.
Seorang lelaki ditahan kerana menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.
A
A
A

AMPANG - Padah menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, seorang lelaki diberkas di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis bertugas menjalankan penugasan di lokasi dan mengarahkan kenderaan mangsa untuk menunggu di stesen minyak tersebut.

"Kenderaan yang dipandu suspek telah diarahkan supaya tunggu disebabkan pergerakan kenderaan sedang dijalankan secara 'contraflow' dan risiko berlakunya kemalangan jika kenderaan tersebut keluar.

"Bagaimanapun suspek enggan mengikut arahan anggota bertugas dan bertindak memaki sambil menunjukkan isyarat lucah kepada anggota berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Ampang untuk tindakan selanjutnya.

"Ujian saringan yang dijalankan ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis THC.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: