Penunggang motosikal maut rempuh kereta ditinggalkan tepi jalan

Keadaan Perodua Alza selepas dirempuh sebuah motosikal di susur Jalan Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat.
Keadaan Perodua Alza selepas dirempuh sebuah motosikal di susur Jalan Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut setelah merempuh bahagian belakang sebuah kereta yang ditinggalkan di susur Jalan Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.50 pagi.

Menurutnya, lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.19 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dipercayai melanggar bahagian belakang Perodua Alza yang ditinggalkan tanpa pengawasan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kemalangan terbabit tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Saksi juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Khairul Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: