Remaja Palestin sakit kronik ditahan Israel tanpa bicara

Amal Nakhleh - Foto Keluarga Nakhleh
Amal Nakhleh - Foto Keluarga Nakhleh
A
A
A

RAMALLAH - Israel melanjutkan tempoh tahanan selama empat bulan tanpa sebarang dakwaan terhadap seorang remaja Palestin yang sakit kronik, kata bapanya kepada AFP pada Khamis.

Remaja itu, Amal Nakhleh, 17, adalah salah seorang daripada beberapa penduduk Palestin berusia di bawah umur yang ditahan tanpa bicara dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Amalan kontroversi itu membolehkan suspek ditahan tanpa sebarang dakwaan selama enam bulan dan boleh diperbaharui.

Bapanya, Moammar Nakhleh, memberitahu AFP, selepas sebuah tribunal membuat keputusan mengenai penahanan itu: "Tribunal penjajah memperbaharui penahanan pentadbiran anak saya untuk kali keempat walaupun dia sakit."

Moammer, seorang wartawan menyatakan bahawa anaknya akan ditahan sehingga 18 Mei depan di bawah perintah baharu.

Agensi keselamatan domestik Shin Bet enggan mengulas kepada AFP mengenai alasan penahanan Amal Nakhleh.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan bahawa Nakhleh disyaki mengambil bahagian dalam kegiatan menentang rejim Zionis. - Agensi

Artikel Berkaitan: