Mawar kongsi gambar, nama anak

Mawar Rashid bersama Raf dan anak mereka. - Foto Instagram
Mawar Rashid bersama Raf dan anak mereka. - Foto Instagram
A
A
A

PELAKON Mawar Rashid menunaikan janjinya untuk berkongsi jantina dan nama anak yang dilahirkan Rabu lalu.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Mawar dan suaminya Raf Yaakob telah memilih Raden Muhammad Rafael buat anak mereka itu.

“Assalamualaikum dan Salam Jumaat, MawaRaf nak kenalkan baby kami kepada semua.

“It’s a healthy 3.4 kg baby boy, we named him Raden Muhammad Rafael,” tulisnya.

- Foto Instagram
- Foto Instagram

Bukan itu sahaja, Mawar juga turut berkongsi laman Instagram anaknya iaitu @radenrafaelraf dan sudah mempunyai lebih 40,000 pengikut.

Rata-rata pengikut teruja melihat foto keluarga baharu Mawar dan mengucapkan tahniah serta mendoakan bayi mereka itu.

Artikel Berkaitan:

Mawar selamat melahirkan putera sulung mereka secara normal pada jam 11.33 malam, Rabu lalu.

Mawar, 24, dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Sebelum ini Raf pernah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!