X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Suami isteri staf kerajaan beli sijil vaksinasi palsu ditahan

A
A

ALOR GAJAH - Penipuan sepasang suami isteri yang juga penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri ini, menggemukakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu terbongkar selepas dicekup polis pada Selasa lalu.

Difahamkan pasangan berusia 33 dan 38 tahun itu membeli dan memuat turun sijil vaksinasi palsu berharga RM500 seorang untuk mendapatkan bonus gaji menerusi seorang rakan dari jabatan sama yang bertindak sebagai orang tengah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati orang tengah berusia 58 tahun itu memuat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu daripada seorang suspek yang masih bebas digelar sebagai 'VNilai'.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai tadbir jabatan tersebut yang telah dimaklumkan pengarahnya berhubung sijil vaksinasi yang mencurigakan itu.

Jelas Arshad, pengadu kemudian menghantar surat kepada Klinik Kesihatan Rembia untuk membuat semakan pada 31 Disember tahun lalu untuk pengesahan tentang status tersebut sebelum pihak berkenaan mengesahkan kedua suspek tidak menerima sebarang vaksin.

"Bertindak atas maklumat itu, ketiga-tiga suspek ditahan selepas dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sekitar jam 4 petang pada Selasa lalu.

"Kita juga telah merampas telefon bimbit milik kesemua suspek dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari dan akan disambung bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sebelum ini pernah menerima laporan daripada suspek bahawa dia enggan di vaksin pada pertengahan tahun lalu.

"Suspek dipercayai enggan mengambil suntikan vaksin atas sebab-sebab tertentu dan boleh menggunakan imbasan QR untuk membolehkan suspek memasuki di mana-mana premis.

"Sijil vaksinasi yang dibeli dengan harga RM500 dijadikan sebagai pra syarat jabatan untuk mendapatkan gaji bonus," katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!