Tak jadi kahwin, ini luahan Atikah Suhaime

- Foto Instagram Atikah Suhaime
- Foto Instagram Atikah Suhaime
A
A
A

TIDAK ada mana-mana pasangan yang mengharapkan ikatan perkahwinan mereka terlerai di tengah jalan, apatah lagi melihat pelamin impian mereka musnah pada saat akhir.

Namun bagi aktres, Atikah Suhaime, dia perlu akur dengan keputusan bapanya yang mahu membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.

Malah menerusi tiga video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Atikah meminta netizen supaya tidak mengecam bekas tunangnya, mahupun bapanya.

"Terima kasih kepada semua atas sokongan, doa dan ucapan yang baik. Ia membuatkan saya berasa tenang dan kuat untuk menghadapi semua ini serta tiada sebab untuk terus bersedih.

"Bagaimanapun saya tetap kesal kerana perkahwinan itu tidak menjadi kenyataan dan saya bertambah kesal dengan tindakan segelintir netizen mengecam Awi.

- Foto Instagram Atikah Suhaime
- Foto Instagram Atikah Suhaime

"Anda tidak boleh buat begitu kerana anda tidak mengenali dia. Dia sangat mengambil berat mengenai saya, nama keluarga saya dan nama saya ketika dia masih menjadi tunang saya.

"Jadi jangan cakap perkara buruk mengenainya.

Artikel Berkaitan:

"Buat ayah saya, saya tak salahkan dia kerana membatalkan perkahwinan pada saat akhir dan percaya dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Saya berterima kasih kepadanya.

"Dalam kes ini, tidak ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana pada akhirnya kita kena terima segala takdir," jelasnya.

Atikah sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Awi Rafael, Ahad ini setelah genap setahun mengikat tali pertunangan.

- Foto Instagram Atikah Suhaime
- Foto Instagram Atikah Suhaime

Agak memilukan apabila pelakon ini bertindak berkongsi beberapa gambar busana perkahwinan yang sepatutnya dipakai bermula Ahad ini.

Bukan itu sahaja, Atikah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 hari ini, memberitahu dia juga belajar daripada kesilapan.

"Belajar daripada kesilapan. Jangan rancang perkahwinan (dekat dengan hari jadi) supaya dapat melahirkan hari lahir anda.

"Ini kerana apabila terjadi perkara yang tidak diingini seperti ini (perkahwinan tidak jadi), anda akan terseksa setiap kali tiba hari jadi anda," tulisnya di Insta Stories miliknya.