X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Rabu.
A
A

NIBONG TEBAL - Tapak pelupusan sampah di Jalan Byram, Pulau Burung di sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Rabu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, PPgB Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.12 petang.

"Selepas menerima aduan, pasukan bomba dari BBP Nibong Tebal dibantu pasukan dari BBP Sungai Bakap dan BBP Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggaran keluasan tapak pelupusan adalah 4.05 hektar namun anggaran kawasan yang terbakar seluas 27.9 x 27.9 meter persegi.

"Tindakan awal pemadaman adalah dengan membuat 'fire break' yang menggunakan jengkaut bagi mengelakkan api terus merebak ke kawasan yang lebih luas lagi," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, sehingga jam 6 petang, kebakaran masih belum dapat dikawal dan anggota berusaha melakukan kerja pemadaman dan pengawalan api dengan menggunakan sumber air dari jentera dan tangki air.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela yang berdekatan. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Pada Februari tahun lalu, lokasi sama dilaporkan terbakar dengan melibatkan anggaran keluasan kebakaran adalah hampir 900 meter persegi.

Seramai 50 anggota bomba dari tiga balai terlibat dalam operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah yang membabitkan keluasan kira-kira 929 meter kaki persegi.

Ketika itu, bomba mengambil masa lebih lapan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, dua hari selepas itu, bomba menerima panggilan kecemasan susulan selepas mendapati kebakaran berlaku di tempat sama, namun di kawasan berbeza.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!