Khabib doakan mangsa serangan masjid segera sembuh

Khabib
Khabib
A
A
A

MAKHACHKALA - RUSIA. Bintang seni bela campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov meluahkan rasa simpati dan menyatakan solidariti kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas kulit putih di dua masjid di New Zealand, hari ini.

Sekurang-kurangnya 49 maut dan puluhan lagi cedera selepas penyerang, Brenton Tarrant menyasarkan dua masjid di bandar Christchurch.

Salah satu serangan di masjid Al Noor turut disiarkan secara langsung di media sosial.

"Ini adalah antara video paling teruk yang pernah saya lihat.

"ALLAH maha mengetahui. Harap semua bersabar," katanya.

Khabib turut mendoakan mangsa yang cedera dalam serangan itu segera pulih - Agensi

Artikel Berkaitan: