[VIDEO] Selamba buang, bakar sampah terbuka

BATU CAVES - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan seorang lelaki yang melakukan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah di Taman Raintree di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, perbuatan lelaki tersebut dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan hotspot itu pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, lelaki tersebut tiba di lokasi sekitar jam 6 petang dengan menaiki van Nissan Vanette biru sebelum membuang beberapa sampah termasuk tilam bujang dan kemudian membakarnya.
"MPS kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menyebabkan kacau ganggu dari segi kebersihan kepada penduduk setempat dan asap pembakaran menyebabkan pencemaran alam sekitar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, MPS sedang melakukan carian maklumat lelaki berkenaan dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.
"Kita ada imej jelas pelaku dan akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan di lokasi kejadian," katanya.
Ahmad Fauzi turut menasihatkan orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka dan menghubungi MPS jika berlaku kejadian pembuangan sampah yang tidak sistematik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -SPRM, USM perkukuh agenda antirasuah menerusi kerjasama strategik
20 Oktober 2026 08:20pmSultan Selangor tidak berkenan kerabat diraja ambil kesempatan demi kepentingan peribadi
20 Oktober 2026 06:38pmLZS, SPNB bergabung bina semula rumah asnaf
20 Oktober 2026 06:22pmPKR tuntut Mukhriz mohon maaf, tarik balik dakwaan
20 Oktober 2026 07:08pmRentas negeri jumpa suami orang, ibu tunggal dicekup berkhalwat di hotel
20 Oktober 2026 03:07pmPaderi maut dihempap salib ketika beri peringatan tentang kematian
20 Oktober 2026 08:10am'Saya reda sekiranya itulah harganya' - Mohd Shuhaily
20 Oktober 2026 12:02pm- Iklan -- Iklan -

