MB Selangor kutuk serangan di Christchurch

Amirudin Shari - Foto Bernama
Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menzahirkan rasa sedih serta terkejut terhadap insiden tembakan yang berlaku selepas solat Jumaat di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai cubaan untuk mewujudkan perpecahan di kalangan individu berlainan agama.

"Perbuatan jenayah itu harus dikutuk dan semua pihak perlu bersatu untuk mengecam keganasan dilakukan puak militan.

"Tiada tempat untuk extremis dalam masyarakat kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau akan sentiasa bersama dengan memberikan sokongan moral kepada warga New Zealand khususnya keluarga serta mangsa yang terlibat dengan kejadian.

"Warga Malaysia yang berada di sana diharapkan dapat bertenang serta mendapatkan bantuan daripada pihak kedutaan tempatan sehingga keadaan kembali pulih," katanya.

Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington dan juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di twitter.

Artikel Berkaitan: