Pemilik syarikat kontraktor ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemilik syarikat kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa kerana disyaki mengemukakan invois yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM4,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 3.30 petang ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai telah mengemukakan invois yang mengandungi butir matan palsu kepada sebuah universiti tempatan bagi kerja-kerja pemasangan, membuka dan membersihkan penyaman udara sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor pada Rabu untuk permohonan reman," katanya.

Artikel Berkaitan: