Peneroka rugi, ditipu lelaki Indonesia

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Gara-gara termakan pujukan rayuan lelaki warga asing yang mendakwa terdesak memerlukan wang bagi kos perubatan keluarganya menyebabkan seorang peneroka terpaksa menggigit jari ditipu lebih RM13,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian mula berlaku pada Rabu lalu ketika mangsa berada di sebuah pasaraya TF, Jerantut didatangi seorang lelaki Indonesia meminta bantuannya mengambil wang kemenangan Toto di Pejabat Pos namun mangsa tidak mempedulikannya.

Namun, menurutnya, setelah mangsa keluar dari pasar raya tersebut, datang seorang lelaki meminta tolong agar membantu rakannya dengan minta bantuan wang bagi menyelamatkan kakak yang sedang sakit.

"Mangsa terus keluar bersama lelaki tersebut menuju ke kereta yang di dalamnya terdapat seorang pemandu lelaki Indonesia yang telah berjumpa dengannya sebelum itu.

"Mangsa telah dibawa ke Maybank Jerantut dan mangsa telah mengeluarkan wang sebanyak RM13,000 bagi membantu lelaki Indonesia tersebut ," katanya di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa telah dijanjikan wang kemenangan Toto sebanyak RM30,000 dan akan membayar semula wang tersebut pada keesokan harinya.

"Namun ketika sampai ke rumah, mangsa merasakan dirinya ditipu dan telah membuat laporan polis.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: