Pakar diminta cari jalan padam api di 'Pintu Ke Neraka'

Gambar fail menunjukkan 'Pintu ke Neraka' di Gurun Karakum, kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan. - Foto AFP/Getty Images
Gambar fail menunjukkan 'Pintu ke Neraka' di Gurun Karakum, kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan. - Foto AFP/Getty Images
A
A
A

ASHGABAT - Pakar-pakar diminta mencari jalan untuk memadamkan api di sebuah kawah yang mengandungi api dan dikenali sebagai 'Pintu ke Neraka' di Gurun Karakum, kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan.

Usaha bagi mencari kaedah untuk memadamkan api itu dicadangkan oleh Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov menerusi satu ucapan di televisyen pada Sabtu lalu.

'Pintu ke Neraka' itu turut dikenali sebagai kawah gas Darvada dan sudah terbakar sejak tahun 1971 lagi.

Kawah itu terbakar secara tidak sengaja ketika kerja-kerja penggalian dilakukan oleh Kesatuan Soviet lebih empat dekad lalu sehingga ia mengenai kawasan gas semula jadi sekali gus mengakibatkan munculnya api-api di dalamnya.

Bagaimanapun, kawah tersebut yang turut dikenali sebagai 'Mulut ke Neraka' mempunyai kedalaman sehingga 20 meter dan selebar 70 meter telah menjadi satu daya tarikan pelancong di negara bekas Kesatuan Soviet itu.

Berdymukhamedov juga menyatakan dalam ucapannya bahawa kawah buatan manusia itu memberikan kesan negatif terhadap persekitaran dan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan dengannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: