X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP

PDRM
A
A

GOMBAK - Sebuah kuil dikompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat dalam satu majlis keagamaan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya sebelum ini mengesan satu video tular di media sosial berkaitan majlis keagamaan yang diadakan di sebuah kuil.

"Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa empat iaitu tiada penjarakan fizikal.

"Polis mengeluarkan kompaun kepada pihak pengurusan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves di bawah Perkara 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman denda RM1,000," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa Empat yang telah di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ini bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang gagal mematuhi SOP tersebut," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!