Barcelona ke Riyadh tanpa kelibat Garcia

Garcia diketepikan lima minggu selepas mengalami kecederaan hamstring. - Foto AFP
Garcia diketepikan lima minggu selepas mengalami kecederaan hamstring. - Foto AFP
A
A
A

BEK tengah Barcelona, Eric Garcia diketepikan lima minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika seri 1-1 menentang Granada dalam perlawanan La Liga pada Sabtu lalu, kata kelab itu pada Ahad.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang menandatangani kontrak untuk kelab Catalan daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terpaksa diketepikan pada awal babak kedua apabila digantikan Clement Lenglet.

“Garcia berkemungkinan diketepikan selama lima minggu,” kata Barca dalam satu kenyataan.

Barca sebelum itu menerima tamparan berganda pada Khamis apabila pemain pertahanan Ronald Araujo memerlukan pembedahan di tangannya manakala pemain tengah Frenkie de Jong mengalami kecederaan betis.

Untuk rekod, Barca kini mengumpul 32 mata daripada 20 perlawanan, akan bertandang ke Riyadh untuk perlawanan separuh akhir Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid pada Rabu.

Artikel Berkaitan: