Barty ungguli Kejuaraan Antarabangsa Adelaide

Barty meraikan kejayaan menjuarai Kejuaraan Antarabangsa Adelaide. - Foto AFP
Barty meraikan kejayaan menjuarai Kejuaraan Antarabangsa Adelaide. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Ashleigh Barty berada dalam prestasi cemerlang apabila pemain Australia itu menewaskan pemain dari Kazakhstan, Elena Rybakina 6-3, 6-2 di Memorial Drive untuk memenangi Kejuaraan Antarabangsa Adelaide seterusnya merangkul gelaran WTA ke-14 dalam kariernya.

Barty, yang memenangi acara itu pada 2020 mendominasi perlawanan dan mengambil tempoh lebih sejam untuk mengalahkan pilihan ketujuh berusia 22 tahun tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu memperoleh bye pada pusingan pertama sebelum berdepan pemain nombor 22 dunia, Coco Gauff diikuti Sofia Kenin (120 dan Iga Swiatek (9) sebelum mara ke akhir.

"Saya melalui minggu yang cemerlang, dapat beraksi secara progresif dalam setiap perlawanan seterusnya menjadi baik dan lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan: