X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

PDRM terima laporan isu saham Azam Baki

A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan satu laporan dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, laporan tersebut sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tindakan lanjut.

"PDRM menerima laporan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Azam Baki, Ketua Suruhanjaya SPRM membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk pembelian saham," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada 28 Disember melaporkan peletakan jawatan ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Susulan itu, isu Azam selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM menjadi lebih hangat berikutan pengakuan terbuka bahawa beliau memiliki kepentingan saham atas akaun miliknya yang didakwa digunakan oleh adiknya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!