ABIM gesa PM tunaikan transformasi urus tadbir kerajaan

Ismail Sabri (tengah) ketika sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan. - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) ketika sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera menunaikan transformasi yang termaktub dalam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak Pakatan Harapan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, transformasi tersebut secara khususnya merujuk kepada memperkasa institusi Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Perkara IV MoU tersebut.

“Pembaharuan segera perlu dibuat pada kadar segera dengan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen bagi memastikan badan tersebut bebas daripada campur tangan eksekutif.

“Ia termasuk meletakkan kuasa penuh kepada institusi Parlimen secara konsensus untuk melantik Ketua Pengarah SPRM serta barisan Pesuruhjaya yang bertanggungjawab ke atas semua bidang tugas badan terbabit.

“ABIM khuatir sekiranya perubahan ini tidak dilakukan, situasi buruk yang berlaku hari ini akan terus berulang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam kemelut yang lebih buruk, kehendak politik untuk melakukan perubahan perlu ada untuk merealisasikannya.

Jelasnya, ABIM memandang berat isu menjejaskan reputasi institusi SPRM semenjak kebelakangan ini.

“Isu yang berlaku baru-baru ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan termasuk institusi yang diamanahkan untuk mempertahankan maruah serta tatakelola yang baik dalam pentadbiran Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

“ABIM menilai krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat yang semakin menebal kerana ia memberi kesan secara tidak langsung dalam kehidupan mereka,” ujarnya.