Israel cadang bina lagi penempatan haram

Israel merancang untuk membina lebih 3,000 penempatan haram di Baitulmaqdis Timur. - Foto AFP
Israel merancang untuk membina lebih 3,000 penempatan haram di Baitulmaqdis Timur. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Para pegawai Israel pada Rabu mencadangkan lebih 3,000 unit rumah penempatan haram baharu dibina di Baitulmaqdis Timur.

Ia merupakan projek yang telah berulang kali dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Palestin dan kumpulan hak-hak asasi manusia.

Cadangan itu dikemukakan Jawatankuasa Perancangan dan Perumahan tempatan Baitulmaqdis yang terdiri daripada pegawai-pegawai perbandaran dipilih.

Sebanyak 2,092 unit rumah sedemikian dirancang dibina berhampiran Gunung Scopus dan sebanyak 1,465 lagi di kawasan antara sektor Givat Hamatos dan Har Homa.

Kawasan itu terletak di sepanjang garisan hijau yang secara teorinya memisahkan Baitulmaqdis Timur yang dianggap oleh penduduk Palestin sebagai ibu negara mereka pada masa depan.

Israel menjajah Baitulmaqdis Timur termasuk Kota Lama pada tahun 1967 dan mendakwa seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Kira-kira 200,000 penduduk Israel tinggal di Baitulmaqdis Timur bersama-sama 300,000 penduduk Palestin.

Lebih 400,000 penduduk Israel tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang dianggap sebagai salah di bawah undang-undang antarabangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan: