PGA rampas 198 kotak minyak masak bersubsidi cuba diseludup

PGA merampas 198 kotak minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup di sebuah bangsal di Kampung Lanchang, Ayer Lanas, Jeli, pada Rabu
PGA merampas 198 kotak minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup di sebuah bangsal di Kampung Lanchang, Ayer Lanas, Jeli, pada Rabu
A
A
A

JELI - Sebanyak 198 kotak minyak masak bersubsidi bernilai RM5,840 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam satu serbuan di sebuah bangsal kebun di Kampung Lanchang, Ayer Lanas di sini, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan pada jam 2.45 petang itu berdasarkan maklumat koloborasi dari beberapa agensi.

Menurutnya, turut terlibat serbuan berkenaan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dan Pasukan Polis Marin, Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bangsal telah menjumpai kotak-kotak berisi minyak masak bersubsidi.

"Kami merampas barangan berkenaan dan menyerahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNHEP).

Artikel Berkaitan: