Gajah jadi tarikan di Taman Negara

Gajah jantan yang muncul sejak beberapa hari lalu di tebing Sungai Tembeling menjadi tarikan pelancong. Gambar kecil, Afzal.
Gajah jantan yang muncul sejak beberapa hari lalu di tebing Sungai Tembeling menjadi tarikan pelancong. Gambar kecil, Afzal.
A
A
A

JERANTUT - Kehadiran seekor gajah jantan di Taman Negara Kuala Tahan, sejak beberapa hari lalu, menjadi tarikan pelancong di situ.

Gajah yang dianggarkan berusia 10 tahun itu dikesan muncul beberapa kali untuk mencari makanan di tebing Sungai Tembeling.

Seorang pemandu pelancong, Afzal Abdul Aziz, 40, berkata, dia bersama lima pelancong dari Romania terserempak dengan gajah terbabit tiga hari lalu.

"Ini rezeki pelancong Romania itu kerana mereka dapat melihat gajah pada jarak yang dekat dan sempat merakam video serta gambar.

"Mereka telah datang ke Taman Negara Kuala Tahan tiga tahun berturut-turut namun kali ini baru dapat melihat gajah di sini," katanya lagi.

Menurutnya, gajah tersebut muncul ketika mereka dalam perjalanan dari Kuala Keniam menuju ke Kuala Tahan menggunakan bot.

"Gajah ini muncul kali ketiga dalam bulan Mac dan pelancong amat teruja melihatnya dari jarak dekat," ujarnya.

Jelasnya, haiwan liar itu tidak bertindak agresif kerana ia hanya keluar mencari makanan.

Artikel Berkaitan:

"Ini boleh menjadi tarikan baharu kepada pelancong yang datang pada musim panas ini," ujarnya.

Kelibat gajah jantan yang muncul di tebing Sungai Tembeling,Kuala Tahan,Taman Negara sejak beberapa hari lalu...pic video ihsan Afzal Abdul Aziz

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Friday, March 15, 2019