Mencari Kepah di Pantai Buntal

No Image Caption
A
A
A
Penduduk Kampung Buntal mencari kepah di pesisir pantai yang terbentang luas ketika air surut.

Kepah atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan di Sarawak sebagai ‘goyang’ ini adalah amalan biasa dan menjadi sebahagian aktiviti menyeronokkan bagi masyarakat setempat dan pengunjung pantai pulau ini.

Mencari ‘goyang’ biasanya dilakukan dengan mengais dan mengorek pasir ketika musim air laut surut besar terutama pada penghujung Disember dan awal Januari.

Hasil yang diperolehi biasanya untuk dijadikan makanan dan sebahagiannya dijual kepada peraih dan peniaga makanan laut.

Kampung Buntal yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandaraya Kuching merupakan lokasi tumpuan orang ramai yang ingin membeli hasil laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan: