'Setakat ini tiada apa' - SUA Abd Latiff

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Menteri Tugas-tugas Khas, Mohd Ikhmal Abu Bakar memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung spekulasi Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang dikatakan bakal digugurkan.

"Saya baru pulang dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), setakat ini tiada apa-apa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, pertanyaan berhubung spekulasi itu wajar diajukan kepada PMO.

"Kami hanya menerima sahaja tetapi jika ada apa-apa kita akan keluarkan kenyataan," katanya.

Pada Isnin spekulasi bertiup kencang mengatakan Abd Latiff dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun akan digugurkan daripada senarai Jemaah Menteri.

Memetik laporan Suara TV, ia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berpuas hati terhadap prestasi dan peranan Abd Latiff ketika banjir buruk melanda Selangor dan Pahang baru-baru ini selain Rina yang terpalit dengan kontroversi.

Selain itu, nama Menteri Perpaduan Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique antara yang turut disenaraikan untuk digugurkan kerana mengeluarkan penjelasan kontroversi berhubung agihan peruntukan RM100 juta Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Artikel Berkaitan: