Air pasang besar: JPBM Selangor siap sedia

Norazam
Norazam
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menempatkan anggota di kawasan berisiko bagi melakukan rondaan susulan fenomena air pasang besar dijangka melanda beberapa kawasan.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota dari setiap balai bomba ditempatkan di kawasan dikenal pasti berisiko sejak pagi Ahad secara berjadual.

"Antara kawasan berisiko ialah kawasan Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar, Kuala Langat, Banting, Kuala Selangor dan Sepang serta Klang.

"Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan sentiasa berwaspada termasuk berpindah apabila diarahkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri Pantai Barat disaran lebih berwaspada susulan fenomena air pasang besar dijangka melanda kawasan itu selama empat hari bermula Ahad.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan kawasan terlibat ialah di Kuala Muda di Kedah, Bagan Datoh di Perak dan Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam di Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Artikel Berkaitan: