Bomba harungi banjir bawa jenazah naik bot

Sepasukan anggota bomba menaiki bot membawa jenazah keluar dari Kampung Rumidi Batu 8 Sapinangoh, untuk diserahkan kepada polis.
Sepasukan anggota bomba menaiki bot membawa jenazah keluar dari Kampung Rumidi Batu 8 Sapinangoh, untuk diserahkan kepada polis.
A
A
A

BELURAN - Sepasukan anggota bomba terpaksa mengharungi banjir hampir setengah jam membawa jenazah seorang wanita keluar dari Kampung Rumidi Batu 8 Sapinangoh yang dilanda banjir di sini untuk diserahkan kepada polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.06 pagi daripada orang awam untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan jenazah terbabit.

Katanya, seramai empat anggota dari BBP Beluran dikejar ke lokasi sejauh 80 kilometer (km) dari balai bomba.

"Wanita itu sudah meninggal dunia sejak semalam (Sabtu) dengan menaiki bot kira-kira 20 minit sebelum tiba ke Sapinangoh dan dipindahkan ke kenderaan untuk diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Katanya, operasi tamat pada jam 11.48 pagi.

Artikel Berkaitan: