Portal Bahasa Inggeris, Sinar Daily dilancarkan hari ini

Portal Bahasa Inggeris, Sinar Daily dilancarkan hari ini.
Portal Bahasa Inggeris, Sinar Daily dilancarkan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Tirai 1 Januari 2022 menjadi tarikh keramat bagi Sinar Harian yang mencipta sejarah dengan pra-pelancaran portal berbahasa Inggeris pertamanya iaitu Sinar Daily.

Pelancaran portal bahasa Inggeris ini cukup signifikan dan selari dengan pertambahan pembaca Sinar Harian sekali gus menjadikan Sinar Harian sebagai akhbar nombor 1 di Malaysia.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, Sinar Daily bukan sekadar portal berita, tetapi turut berfungsi sebagai platform digital sepenuhnya.

“Portal ini dilancarkan untuk memenuhi cita rasa pembaca tempatan sekali gus berharap ia dapat menembusi pasaran antarabangsa.

“Objektif utama Sinar Daily adalah untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dan meningkatkan perkongsian minda pembaca. Apa yang lebih utama, Sinar Daily merupakan wadah pengembangan ideologi Islam.

Sinar Daily menyasarkan pembaca daripada segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang sosial,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

No Image Caption

Jelas Nik Justin, Sinar Daily mengetengahkan kupasan berita-berita dalam dan luar negara serta pelbagai topik gaya hidup yang menarik termasuk kecantikan, kekeluargaan, kesihatan, pelancongan dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

Selain sajian berita yang menarik, Sinar Daily turut menjanjikan variasi kandungan digital yang segar dan menepati cita rasa semua lapisan masyarakat.

“Portal ini diharap dapat memberikan pengalaman yang baharu kepada pembaca-pembacanya. Antara kandungan digital yang bakal ditayangkan secara maya ialah Bang For Your Buck, Did You Know?, Dazzle, Fireside Chat, Politically Frank dan Wacana dalam bahasa Inggeris.

Sinar Daily berusaha untuk memberikan kandungan-kandungan digital dan kupasan berita yang diharap mampu memenuhi citarasa pembaca-pembaca. Sejajar dengan evolusi teknologi yang semakin pesat membangun, Sinar Daily juga telah mencipta akaun media sosial termasuklah di Instagram, Facebook, TikTok dan Twitter.

“Layari https://www.sinardaily.my dan ikuti kami di semua platform media sosial rasmi Sinar Daily untuk informasi terkini,” ujarnya.

Portal Bahasa Inggeris, Sinar Daily.
Portal Bahasa Inggeris, Sinar Daily.