Ganding bahu bersih rumah mangsa banjir

Abu Bakar (enam dari kanan) bersama sebahagian wakil agensi kerajaan dan NGO yang bersama menjayakan program itu di Kampung Lanchang pada Rabu.
Abu Bakar (enam dari kanan) bersama sebahagian wakil agensi kerajaan dan NGO yang bersama menjayakan program itu di Kampung Lanchang pada Rabu.
A
A
A

JASIN - Prihatin dengan nasib tujuh buah rumah penduduk di Kampung Lanchang, Merlimau di sini yang dinaiki air, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka mengambil inisiatif melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah terjejas.

Program pasca banjir itu disertai seramai 100 orang termasuk anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Skuad Kebajikan Bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, walaupun rumah tiga anggota pasukan itu turut dinaiki air, namun mereka tetap hulur bantuan kepada mangsa banjir.

"Dengan adanya usaha gotong-gotong seperti ini, ia dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada mangsa terjejas.

"Walaupun hakikatnya, apa yang kita lakukan tidak dapat menggantikan kesedihan dan kerugian yang mereka lalui," katanya kepada pemberita ketika program pasca banjir Skuad Kebajikan Bomba di Kampung Lanchang di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra.

Anggota APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut terlibat dalam pasca banjir itu.
Anggota APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut terlibat dalam pasca banjir itu.

Abu Bakar berkata, pada pasca banjir itu pihaknya berdepan kesukaran untuk mengepam air banjir termenung untuk disalirkan ke Sungai Kesang berhampiran kerana paras air sungai ketika ini masih tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun berdepan cabaran itu, namun tidak melemahkan pasukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan, mengalihkan peralatan, sanitasi dan sumbangan kit makanan kepada mangsa banjir.

"Jadi kita akan memantau sehari dua lagi untuk mengepam air banjir termenung ketika paras air sungai rendah supaya tidak memberi impak dan menyebabkan keadaan lebih buruk berlaku," katanya.

Sementara itu, mangsa banjir, Azhar Jaafar berkata, banjir yang melanda kali ini tidaklah seteruk tahun 2006, namun dia risau memandangkan air masih tidak surut setelah beberapa hari banjir berlaku.

"Sebelum ini saya menjaga ibu mentua yang terlantar sakit akibat strok, Jadi disebabkan banjir termenung, isteri dan ibu mentua tinggal sementara di rumah adik ipar.

"Harap cuaca baik, jika tidak memang risau lebih-lebih lagi masih ada sebuah kenderaan tidak dapat dialihkan kerana air belum surut disebabkan banjir termenung," katanya.