Pas Kelantan tetapkan 22 Januari jumpa UMNO

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

PASIR MAS - Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut dikongsi Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, Pas masih belum menerima maklum balas daripada UMNO negeri.

"Kita tetapkan tarikh 22 Januari tetapi UMNO belum beri jawapan lagi," jawabnya ringkas ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Monsun Timur Laut Jajahan Pasir Mas, di Dewan Utama Apam Putra di sini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, UMNO Kelantan mahu mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi Pas bagi membincangkan hala tuju kerjasama antara kedua-dua pihak menerusi MN di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya akan mengutus surat kepada pimpinan tertinggi parti itu dalam masa terdekat supaya dapat membincangkan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: