Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego

No Image Caption
A
A
A

NAPOLI memberi penghormatan kepada Hugo Maradona, adik kepada bekas legenda kelab Serie A Itali itu, mendiang Diego, yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Pemain dari Argentina itu, yang juga pemain bola sepak profesional menyertai Diego di Napoli pada 1987 pada usia 18 tahun, meninggal dunia di rumahnya berhampiran Naples.

Diego Maradona, yang dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, meninggal dunia pada usia 60 tahun pada November 2020 juga akibat serangan jantung.

"Presiden kelab Aurelio De Laurentiis, naib presiden Edoardo De Laurentiis, pegawai, kakitangan kejurulatihan, pemain dan seluruh keluarga SSC Napoli bersimpati bersama keluarga Maradona berikutan perkhabaran sedih pemergian Hugo," kata Napoli dalam satu kenyataan.

Hugo selepas bersama Napoli mewakili kelab lain seperti Ascoli dan Rayo Vallecano sebelum bermain di Eropah, Amerika Selatan dan Jepun.

Artikel Berkaitan: