Maqis Kedah rampas makanan haiwan lebih RM100,000

Pegawai penguatkuasa Maqis ketika memeriksa muatan makanan haiwan yang dibawa lori dari Thailand di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Khamis.
Pegawai penguatkuasa Maqis ketika memeriksa muatan makanan haiwan yang dibawa lori dari Thailand di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Khamis.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 10,926 kilogram (kg) makanan haiwan bernilai lebih RM100,000 kerana tidak mematuhi permit import Maqis, pada Khamis.

Maqis Kedah dalam kenyataannya berkata, mereka menahan sebuah lori dari Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira- kira jam 5.05 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai Peguatkuasa Maqis menemui 10,926 kg makanan haiwan yang cuba dibawa masuk ke Malaysia untuk pasaran tempatan.

"Kesemua barangan tersebut didapati tidak mematuhi syarat permit import Maqis iaitu gagal memaparkan nombor batch/lot nombor serta tarikh pembuatan pada produk dagangan," menurut kenyataan itu, pada Selasa.

Menurutnya, kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama," kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: