Remaja tidur atas landasan maut digilis kereta api

Mayat mangsa yang terbaring di landasan kereta api di Kampung Tiong, Gua Musang pada Isnin.
Mayat mangsa yang terbaring di landasan kereta api di Kampung Tiong, Gua Musang pada Isnin.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang remaja maut akibat digilis dan diseret kereta api sejauh 30 meter dalam kejadian di Kampung Tiong di sini pada awal pagi Isnin.

Remaja berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu mangsa bersama seorang lagi rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api itu.

“Pemandu kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat itu ternampak lelaki tidur atas landasan dan membunyikan hon.

“Mangsa tidak sempat bangun bagaimanapun rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Menurut beliau, pemandu kereta api kemudian melaporkan kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat mangsa dijumpai sejauh 30 meter dari lokasi dia dan rakannya tidur.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: