Aksi Leeds United-Aston Villa ditangguh

No Image Caption
A
A
A

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United menentang Aston Villa di Elland Road ditangguhkan berikutan kes positif Covid-19 dalam kalangan pemain skuad Leeds, kata pengendali Liga Perdana pada Ahad.

"Berikutan permintaan daripada Leeds United, Lembaga Pengarah Liga Perdana bermesyuarat hari ini dan dengan dukacitanya bersetuju untuk menangguhkan perlawanan di tempat sendiri kelab menentang Aston Villa, yang akan dimainkan pada Selasa 28 Disember.

"Penundaan itu akibat kes Covid-19 yang berterusan di Leeds yang menyaksikan perlawanan Boxing Day menentang Liverpool dibatalkan. Lembaga Pengarah menerima permohonan penangguhan itu kerana kelab tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan itu," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Sebanyak 14 perlawanan EPL ditangguhkan bulan ini kerana Covid-19, namun Liga Perdana tetap menyatakan hasrat untuk meneruskan saingan liga utama Inggeris tersebut.

Artikel Berkaitan: