EPL: Radrizzani mohon maaf Leeds tersingkir

Radrizzani - Foto Agensi
Radrizzani - Foto Agensi
A
A
A

PENGERUSI Leeds United, Andrea Radrizzani memohon maaf kepada penyokong berikutan penyingkiran kelab itu daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Radrizzani meneruis Twitternya mengakui lembaga pengarah telah melakukan kesilapan dan berharap untuk membuat beberapa 'pelantikan penting dalam kelab'.

Bagaimanapun, Radrizzani yang merupakan sebahagian daripada konsortium yang telah menyelesaikan pengambilalihan Sampdoria tidak menyebut kemungkinan perubahan pemilikan di Leeds.

“Beberapa hari kebelakangan ini amat sukar bagi semua yang terlibat dengan Leeds United.

“Saya berasa sangat sukar untuk mencari perkataan yang tepat untuk diucapkan, selain meminta maaf kepada semua peminat kami atas penyingkiran kelab," katanya.

Radrizzani menjelaskan, pihaknya telah membuat pelaburan yang besar untuk cuba mengekalkan Leeds United dalam EPL, namun ketika bekerja keras untuk memperbaiki kelab, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Kami mengambil pengajaran daripada kesilapan ini, memperbaiki semula kelab dan membuat kemajuan pada masa hadapan.

“Anda memahami perjalanan yang telah kami lalui. Saya harap apabila kemarahan dan kekecewaan itu reda, anda akan melihat bahawa kami boleh kembali dengan lebih kuat,” ujar Radrizzani.